Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Bagi Projek Pembangunan

Pengenalan

Penilaian Impak Sosial (SIA) merupakan satu proses menganalisis, memantau dan mengurus impak sosial yang dijangka berlaku atau yang tidak terjangka sama ada impak positif atau negatif yang terhasil daripada sesuatu langkah intervensi (dasar, program, pelan dan projek) dan apa-apa proses perubahan sosial.

Untuk tujuan tersebut, PLANMalaysia telah menubuhkan Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi projek pembangunan sejak tahun 2016. Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia dan dihadiri wakil-wakil agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan yang berkaitan serta ahli pakar daripada Malaysia Association of Social Impact Assessment (MSIA), Malaysia Institute of Planners (MIP) dan ahli akademik.

 Fungsi Panel Penilai SIA adalah seperti berikut:

  1. Mempertimbangkan Laporan SIA sama ada lulus, lulus dengan pindaan atau tolak.
  2. Memberi input kepakaran bagi menambahbaik Laporan SIA.
  3. Memastikan kandungan Laporan SIA menepati Manual SIA.
  4. Memastikan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) menyeluruh dan berkesan.

Kategori SIA Peringkat Persekutuan

 Kajian Impak Sosial di peringkat persekutuan perlu disediakan bagi projek-projek yang mendapatkan nasihat MPFN.

 SIA Kategori 1: Subseksyen 20B (1) dan (2) Akta 172

Mendapatkan nasihat MPFN di peringkat awal perancangan melibatkan:

  1. Pembangunan penebusgunaan pinggir laut melebihi 50 hektar; dan
  2. Infrastruktur utama negara.

SIA Kategori 2: Subseksyen 22(2A) Akta 172

Mendapatkan nasihat MPFN di peringkat perancangan terperinci melibatkan:

  1. Pembangunan perbandaran baru melebihi 100 hektar atau menjana penduduk melebihi 10,000 orang atau kedua-duanya;
  2. Pembangunan infrastruktur utama; dan
  3. Pembangunan di puncak atau lereng bukit.

 

Muat Turun Senarai Panel Perunding SIA

Cetak Emel

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC