Fungsi Jabatan

Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, PLANMalaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga (3) peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut:

 Peringkat Persekutuan

  • Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan bandar dan desa;
  • Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
  • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang, prosedur perancangan serta kajian penyelidikan dan pembangunan;
  • Menterjemahkan dasar-dasar sosial, ekonomi dan alam sekitar negara ke dalam dimensi spatial;
  • Memudahcara dan memantau penyediaan dan pelaksanaan rancangan pembangunan di semua peringkat pelaksanaan;
  • Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan
  • Menyelia dan menyelaras pangkalan data guna tanah negara.
     

Peringkat Negeri

  • Memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dalam semua hal-ehwal perancangan bandar dan desa dalam menyelaras pelaksanaan Akta 172 di peringkat Negeri;
  • Bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang ditubuhkan di bawah Akta 172;
  • Memudahcara dan memantau pembangunan dalam Negeri melalui pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan;
  • Membantu dalam perancangan projek-projek khas yang dikendalikan Kerajaan Negeri;
  • Menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan mengenai perancangan bandar dan desa; 
  • Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan
  • Menyedia dan menyelaras pangkalan data guna tanah Negeri.
     

Peringkat Tempatan

  • Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan pemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT);
  • Memudahcara dan memantau pembangunan dalam kawasan PBPT melalui pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan; 
  • Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dari semasa ke semasa.

Cetak Emel

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC