Pejabat Projek Zon Selatan
PENGENALAN:
Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) bertanggungjawab dalam penyediaan Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan kajian-kajian lain khususnya yang melibatkan kawasan di dalam Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PPZS turut bertanggungjawab memberi khidmat perancangan dan menterjemah dasar-dasar dan garis panduan pembangunan negara kepada agensi negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PERANAN:
Pejabat Projek Zon Selatan berperanan memberikan khidmat nasihat khususnya dalam membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk menterjemah dasar-dasar dan garis panduan pembangunan melalui kajian-kajian rancangan pembangunan. Antara fungsi Pejabat Projek Zon Selatan ialah:
- Menyediakan rancangan-rancangan pemajuan (Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] untuk digunakan sebagai asas bagi mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah;
- Menterjemah dasar-dasar dan garis panduan negara di dalam perancangan negeri dan di kawasan PBT;
- Memberi khidmat nasihat perancangan kepada agensi negeri dan PBT di setiap negeri berkenaan dalam aspek-aspek perancangan guna tanah melalui rancangan pemajuan dan forum-forum perancangan antara agensi.
- Menyediakan Manual Rancangan Tempatan untuk dijadikan rujukan semasa penyediaan rancangan tempatan;
- Menyediakan Laporan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK;
- Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
FUNGSI UNIT:
- Unit Rancangan Pembangunan (URP 1 – 5): -
- Menyediakan Rancangan Struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
- Menyediakan Rancangan Tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam Rancangan Struktur;
- Menyediakan Rancangan Kawasan Khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera;
- Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program;
- Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
ii. Unit Pemantauan: -
- Menyediakan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan.
iii. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -
- Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
iv. Unit Pentadbiran: -
- Mengurus dan memproses urusan surat menyurat dan memo;
- Mengurus dan merekodkan surat dan memo masuk ke dalam buku daftar surat-menyurat untuk rekod pejabat; dan
- Mengurus dan mengemaskini sistem fail dan rekod dari masa ke masa untuk kegunaan pegawai dan kakitangan pejabat.