Apakah 4 Kompleks Hutan yang dinamakan sebagai Green Heart di Semenanjung Malaysia

4 Kompleks Hutan yang membentuk Green Heart di Semenanjung Malaysia adalah

i. Banjaran Titiwangsa - Banjaran Bintang - Banjaran Nakawan

ii. Taman Negara - Banjaran Timur

iii. Tanah Lembap Tenggara Pahang, Tasik Chini dan Tasik Bera

iv. Taman Negara Endau Rompin - Rizab Hidupan Liar Kluang

Apakah fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah?

Tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan menyelaras pemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 6A(5)(b) Akta 172.

Apakah Rancangan Wilayah?

Rancangan Wilayah (RW) merupakan dokumen perancangan yang mengandungi strategi pembangunan spatial untuk mencapai pertumbuhan dan pengagihan seimbang serta untuk mencapai rangka kerja infrastruktur yang bersepadu dan cekap. RW juga dilihat sebagai satu pengurusan pertumbuhan kawasan-kawasan bandaraya atau conurbation (city region).

Apakah Definisi Wilayah?

Wilayah bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran. Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172, wilayah terdiri dari dua negeri atau lebih.

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC