Terbitan Terkini : November 2009
Harga Jualan : RM 30.00
Latar Belakang : Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan aplikasi yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Agensi Kerajaan dan orang awam menggunapakai pangkalan data GIS Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan dengan cepat, mudah dan mesra pengguna. Aplikasi EIS boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone. EIS Web adalah aplikasi EIS berasaskan platfom rangkaian internet (WAN) atau GIS Web Based. Manakala EIS Stand Alone pula berasaskan platfom komputer di dalam persekitaran kawasan yang terhad yang dihubungi menerusi rangkaian setempat (LAN). Kedua-dua EIS ini mempunyai dua komponen utama iaitu aplikasi EIS dan pangkalan data. Aplikasi EIS Web diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Vbasic Script, Java Script, ASP, Perl, Python, DHTML dan HTML. Manakala aplikasi EIS Stand Alone dioleh dengan bahasa pengaturcaraan seperti Avenue, MapBasic dan Visual Basic.