Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PLANMalaysia

PENGENALAN MBJ

 APA ITU MBJ

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana dua pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan dan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.


BIDANG DAN FUNGSI

Bidang dan fungsi majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:-

  • Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

  • Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

  • Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai-bagai Jabatan; dan

  • Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.


    PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.


FAEDAH MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.


SURAT PEKELILING MBJ

BIL

 TAJUK

1

 PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 3 TAHUN 2002

2

 PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 2 TAHUN 1992

 

PERLEMBAGAAN MBJ PLANMALAYSIA

Seperti di lampiran

 

KEAHLIAN MBJ

TANGGUNGJAWAB

Peranan Pengerusi MBJ Pihak Pekerja

  • Mempengerusikan mesyuarat MBJ Pihak Pekerja
  • Membentangkan isu / cadangan dalam mesyuarat MBJ-PLANMalaysia
  • Melantik mana-mana ahli lain yang difikirkan sesuai untuk menjalankan tugas dalam keadaan ketiadaan Pengerusi Pihak Pekerja

Peranan Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

  • Memanggil mesyuarat Pihak Pekerja sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mesyuarat MBJ- PLANMalaysia
  • Memastikan kehadiran ahli MBJ Pihak Pekerja dalam mesyuarat MBJ-PLANMalaysia mencukupi kuorum yang ditetapkan seperti dalam perlembagaan
  • Menapis isu / cadangan yang dikemukakan oleh ahli MBJ Pihak Pekerja

Peranan Ahli MBJ Pihak Pekerja

  • Mendapatkan isu / cadangan daripada warga di setiap Bahagian yang diwakili
  • Mengemukakan isu / cadangan kepada Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
  • Menghadiri mesyuarat MBJ-PLANMalaysia Pihak Pekerja dan MBJ-PLANMalaysia Pihak Pegawai

SENARAI PIHAK MAJIKAN

Seperti di lampiran (Akan dikemaskini kemudian)

SENARAI PIHAK PEKERJA

Seperti di lampiran

Print Email

PLANMalaysia Room Booking System

PLANMalaysia Conference/Meeting/Training Room Booking System

Introduction:

This system was established to coordinate the booking process for Conference Room, Meeting Room and Training Room managed by the PLANMalaysia’s Management Service Division (Bahagian Khidmat Pengurusan). The availability of the room can be checked through the calendar generated by the system.

Kindly obtain the key and iPad for Tanjung@13 Conference Room and key for Cenderawasih@11 Meeting Room from the room coordinator at Seksyen Pentadbiran. The Kemboja@11 Training Room key’s can be obtained from the room coordinator at Seksyen Sumber Manusia once the booking is completed

Bil

Room

Level

Capacity

Coordinator

1.

Tanjung@13 Conference Room

(Bilik Persidangan Tanjung@13)

13

i. 49 pax

ii. Physical distancing: 25 pax

i. Pn. Azean (Ext 0107)

ii. En. Safrin (Ext 0101)

2.

Cenderawasih@11 Meeting Room

(Bilik Mesyuarat Cenderawasih @11)

11

i. 25 pax

ii. Physical distancing: 15 pax

Pn. Azean (Ext 0107)

3.

Kemboja@11 Training Room

(Bilik Latihan Kemboja@11)

11

i. 41 pax

ii. Physical distancing: 21 pax

En. Arifuddin (Ext 0127)

Kindly click on the link for room booking: PLANMalaysia Room Booking System

 

Print Email

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PLANMalaysia

PROGRAM RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

PENGENALAN

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah program pembimbing rakan sekerja. Rakan sekerja merupakan individu yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing seseorang pekerja. Rakan yang baik akan memberi impak positif kepada perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku seseorang.

LATAR BELAKANG

Pada tahun 2005, rakan pembimbing ini telah dijenamakan sebagai AKRAM yang merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Mulia. Pada tahun 2008, AKRAM telah dijenamakan semula sebagai AKRAB, iaitu elemen Mulia telah digantikan dengan Bestari. AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik. Kemantapan sesuatu kelompok seperti AKRAB banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahli-ahlinya. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharap mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen dan rasa sayang yang tinggi terhadap organisasi.

PERANAN AKRAB

  • · Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • · Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.
  • · Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.
  • · Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

FALSAFAH

Falsafah AKRAB ialah “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri daripada segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.

 

AKRAB PLANMalaysia

 

Print Email

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)

Pengenalan

MPFN telah ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah subseksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). MPFN adalah Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. MPFN diwujudkan adalah untuk menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan mampan di peringkat negeri dan negara. Tugas-tugas Majlis adalah seperti berikut:

  1. Untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai satu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;
  2. Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172; dan
  3. Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta 172.

Print Email

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC